Mahu ke mana Nomi




Projek 100 buku kanak-kanak bersama Buku Prima@ Grup Buku Karangkraf.

Alhamdulillah. Hanya memakan masa kurang lebih 3 bulan daripada masa dirancang, manuskrip dinilai, ilustrasi dihasilkan sehinggalah bertukar menjadi naskah buku.

Sasaran projek untuk anak-anak yang berusia 5 tahun ke atas.
100 tajuk buku bersama kisah yang sangat berinformasi dan ilustrasi yang sungguh mengujakan.


4 buah buku saya tersenarai dalam projek ini.

Terima kasih kepada Buku Prima, editor Ecah, Nur Aisyah dan juga seluruh tim Projek 100 buku.
Empat orang ilustrator yang sudi bekerjasama dengan saya iaitu Dian Kartika Sari, Zamzami M. Zain, Adifitri Ahmad dan Firdauz Abdullah. Terima kasih you all. Million thanks :)



* Biru sejenis ikan laga yang hidup sendirian. Kenapa Biru tidak berkawan?

* Nomi pergi ke satu tempat dan dia belajar sesuatu di sana bersama mamanya.

*Afzal mengetahui tentang khasiat buah-buahan.


*Damia mengetahui tentang khasiat ikan siakap stim dan sayur campur yang dimasak umi.










Senarai tajuk 100 buku kanak-kanak
katalog


2 November 2014

Bersempena jualan gudang Grup Buku Karangkraf, di Shah Alam, akhirnya lahirlah baby terbaharu saya Pergi Bersama Janji. Ikutkan jadual, novel ini akan keluar bulan Disember. Namun dah rezeki saya ' bersalin' awal. Maka, di sana tempohari, memang buku saya dah berbaris di rak-rak bersama buku-buku yang lain. Masa tu, buku saya memang baru beberapa jam keluar dari wad bersalin. Heheheh... Alhamdulillah.

Teruja sangat saya dapat pegang baby baru. Hehehe...syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya ALLAH. (^_^)
Alhamdulillah. Terima kasih Alaf21 yang sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk tumpang mengembangkan bakat di sini. Sungguh, saya rasa bertuah dapat berteduh di sini. Menjadi sebahagian daripada penulis Alaf/ GBK adalah rezeki untuk saya membantu suami, menyara keluarga dan anak-anak dengan menulis.
Semoga novel Pergi Bersama Janji, ia sebuah kisah yang menjanjikan kelainan, memberikan manfaat serta kepuasan kepada pembaca.  Terima kasih juta-juta atas sokongan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Saa'diah Mohamad selaku ketua bidan. Aduh...terharunya saya mengenangkan jasa-jasa serta kata nasihat yang beliau pernah curahkan buat saya selama ini. Seperti seorang kakak yang sering menasihati adiknya. Biarpun wajahnya nampak garang, namun beliau seorang yang sangat penyayang.
Tika saya menulis kata-kata ini, Kak Saadi tidak lagi bersama kami di ALAF21, sebaliknya menyambung khidmat di Karya Bestari. Apa pun beliau masih lagi berada di bawah bumbung yang sama di Grup Buku Karangkraf. Ada chance sangat nak jumpa beliau. Tapi nak manja-manja macam di Alaf21, mungkin agak terbatas. Sob sob! Rindu wooo...
Tempat Kak Sa'adiah diganti dengan editor novel, Untuk Sekali Lagi iaitu Kak Ton cantik @ kRuby Akshah. Selamat kembali bertugas Kak Ruby di Alaf21.

Untuk novel Pergi Bersama Janji, editor saya ialah Puan Mazuen Yahaya yang begitu manis dan comel orangnya. Terima kasih untuk segalanya ya, Awin. Alhamdulillah.

Untuk grafik designer novel ni, Kak Hanna Ibrahim. Sweet aje saya tengok cover ini. ( Tak apalah puji cover sendiri pun kan, hehehehe.) Alhamdulillah, terima kasih Kak Hanna.  Semuanya dipermudahkan meskipun novel ini merupakan hasil kerja terakhir beliau. Kak Hanna tidak lagi bekerja di Grup Buku Karangkraf. Beliau kini menjalani bisnes sendiri.
Baru nak kenal empunya diri, dah pergi rupanya. Memang tak sempat ku nak manja-manja dengan Kak Hanna. Huhuhu..

Cover








Sinopsis
Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang.


Sungai Tersat dalam kenangan- cuti di kampung 16-21 sept 2014

Saya dan sungai memang tidak dapat dipisahkan. Maklumlah anak kampung. Sejak bayi lagi gamaknya dah kenal sungai. Seingat saya, rumah ada air paip pun tahun 1984. Masa tu saya baru sekolah TADIKA. Selain telaga, sungailah tempat mandi mandi dan basuh kain baju. Memang di sini, 1001 kenangan pernah tercipta.

Jadi, setiap kali balik kampung, sudah menjadi kemestian saya dan anak-anak ke Sungai Tersat. Anak-anak memang enjoy habis mandi di sini. 


Tirai malam.

Air yang jernih.

Anak-anak seronok bermandi-manda.

Aku sebutir pasir.

Suasana menghijau.

Redup mata memandang.

Masa untuk merehatkan minda.

Bercuti di kampung 16-21 Sept 2014



Melarikan diri seketika dari kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur.
Menyegarkan minda, mencari idea-idea baru untuk menulis. < kononnya lah >
Paling penting, meluangkan masa sebaiknya bersama anak-anak, emak & ayah tersayang.

Perkara yang saya suka lakukan ialah pergi ke pasar, melihat jualan terutama sayur-sayuran dan ikan yang segar bugar.


Jom tengok gambar2 yang saya snap. Tak banyak. Suka-suka aje...
Belek punya belek gambar, baru perasan tak ada sekeping gambar pun di bahagian pasar ikan. heheheh...sebab tangan dah bimbit banyak barang,borong sayur dan keropok.
Kuih muih tradisional Terengganu

Keropok keping

Sayur-sayuran segar

Kuih muih

Sumber laut yang dikeringkan

Barang runcit turut dijual

Duku dan petai

Buah-buahan yang masak ranum dan cili segar


Buah perah yang sukar dijumpai di tempat lain. Buah ini bermusim.

Seorang tok wan yang gigih berniaga.

Pucuk paku

Segar dari kebun





Catatan 13 Sept 2014.

Kenangan semalam di majlis perkahwinan Novelis Liyana Zahim di Kampung Lanting, Chenor, Pahang.

 Pengantin lelaki baru diarak masuk.


Majlis makan beradab.
Makan-makan. Memang marvelos terutama kerabu mangga . Dari kiri: HernaDiana, Damya Hanna, Laila Kamilia, Weeda Airiza, Norzailina Nordin dan AW
Bergambar kenangan bersama pengantin.
Adik Nana tetap melayan permintaan peminat. Sign, jangan tak sign!
Kak Hasnah, berbaju kuning. Pembaca tegar novel-novel Alaf21.
Merakam kenangan di tepian Sungai Temerloh. AW pernah bermastautin di Mentakab selama kurang lebih 6 tahun. Pasti ada rindu untuk singgah di sini.



.





Hidup ini adakalanya tidak menjanjikan kebahagiaan yang berterusan. Tidak juga menjanjikan penderitaan yang terus menerus. Hidup banyak menuntut pengorbanan. Namun adakalanya juga, pengorbanan tidak pernah dihargai.
Hidup...adakalanya kita terlalu mengharapkan perhatian orang. Kita terlalu mengharapkan orang menyayangi kita, menghargai kita...namun kita terlupa adakah kita melakukan hal yang sama terhadap orang-orang di sekeliling kita?
Hidup ini, usah terlalu banyak menunding jari akan kesalahan orang lain. Kerana masih ada jari yang tertunding pada diri kita semula. Semakin banyak kita mencari keburukan orang lain, makin terserlah akan keburukan sendiri. Percaya tak?

Hari ini, fikiran masih kosong dengan idea untuk menulis manuskrip baru. Jadi saya nak upload resepi ringkas yang pernah saya war-warkan di facebook sebelum ini.
Walaupun simple, namun bukan semua orang tahu akan cara penyediaannya. Ilmu yang bermanfaat ini, tidak lokek untuk saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Lebih-lebih lagi buat adik-adik yang baru nak belajar-belajar pegang senduk kuali. (*-*)


Masak singgang ikan kembung cara AW.

Bahan-bahan.

Dua ekor ikan kembung bersaiz sederhana besar.  Dibersihkan dan dikerat dua.
Kunyit segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Lengkuas segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Sekeping asam keping/ asam gelugur
Cili padi- terpulang berapa biji suka
Sebiji terung kecil dihiris memanjang
kacang panjang-dipatahkan lebih kurang bersaiz 5-7 cm
Garam dan penambah perisa.

Cara penyediaan.

Masukkan lebih kurang 3 cawan air atau bajet boleh tenggelamkan ikan. Masukkan kunyit, lengkuas, asam keping dan biarkan air mendidih. Masukkan terung, kacang dan cili. Juga garam dan penambah perisa. Cicip rasa. Sedia dihidangkan.

*Ikan kembung boleh digantikan dengan ikan selayang, tongkol, bawal emas, ikan merah mahupun tenggiri. Ikut citarasa anda.
Terung dan kacang boleh diganti dengan bendi.
Resepi ini enak dihidangkan bersama nasi putih, budu mahupun sambal mempelam ikan masin, belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba.