Mahu ke mana Nomi


Hidup ini adakalanya tidak menjanjikan kebahagiaan yang berterusan. Tidak juga menjanjikan penderitaan yang terus menerus. Hidup banyak menuntut pengorbanan. Namun adakalanya juga, pengorbanan tidak pernah dihargai.
Hidup...adakalanya kita terlalu mengharapkan perhatian orang. Kita terlalu mengharapkan orang menyayangi kita, menghargai kita...namun kita terlupa adakah kita melakukan hal yang sama terhadap orang-orang di sekeliling kita?
Hidup ini, usah terlalu banyak menunding jari akan kesalahan orang lain. Kerana masih ada jari yang tertunding pada diri kita semula. Semakin banyak kita mencari keburukan orang lain, makin terserlah akan keburukan sendiri. Percaya tak?

Hari ini, fikiran masih kosong dengan idea untuk menulis manuskrip baru. Jadi saya nak upload resepi ringkas yang pernah saya war-warkan di facebook sebelum ini.
Walaupun simple, namun bukan semua orang tahu akan cara penyediaannya. Ilmu yang bermanfaat ini, tidak lokek untuk saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Lebih-lebih lagi buat adik-adik yang baru nak belajar-belajar pegang senduk kuali. (*-*)


Masak singgang ikan kembung cara AW.

Bahan-bahan.

Dua ekor ikan kembung bersaiz sederhana besar.  Dibersihkan dan dikerat dua.
Kunyit segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Lengkuas segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Sekeping asam keping/ asam gelugur
Cili padi- terpulang berapa biji suka
Sebiji terung kecil dihiris memanjang
kacang panjang-dipatahkan lebih kurang bersaiz 5-7 cm
Garam dan penambah perisa.

Cara penyediaan.

Masukkan lebih kurang 3 cawan air atau bajet boleh tenggelamkan ikan. Masukkan kunyit, lengkuas, asam keping dan biarkan air mendidih. Masukkan terung, kacang dan cili. Juga garam dan penambah perisa. Cicip rasa. Sedia dihidangkan.

*Ikan kembung boleh digantikan dengan ikan selayang, tongkol, bawal emas, ikan merah mahupun tenggiri. Ikut citarasa anda.
Terung dan kacang boleh diganti dengan bendi.
Resepi ini enak dihidangkan bersama nasi putih, budu mahupun sambal mempelam ikan masin, belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba.




0 comments:

Post a Comment