Mahu ke mana Nomi

2 November 2014

Bersempena jualan gudang Grup Buku Karangkraf, di Shah Alam, akhirnya lahirlah baby terbaharu saya Pergi Bersama Janji. Ikutkan jadual, novel ini akan keluar bulan Disember. Namun dah rezeki saya ' bersalin' awal. Maka, di sana tempohari, memang buku saya dah berbaris di rak-rak bersama buku-buku yang lain. Masa tu, buku saya memang baru beberapa jam keluar dari wad bersalin. Heheheh... Alhamdulillah.

Teruja sangat saya dapat pegang baby baru. Hehehe...syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya ALLAH. (^_^)
Alhamdulillah. Terima kasih Alaf21 yang sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk tumpang mengembangkan bakat di sini. Sungguh, saya rasa bertuah dapat berteduh di sini. Menjadi sebahagian daripada penulis Alaf/ GBK adalah rezeki untuk saya membantu suami, menyara keluarga dan anak-anak dengan menulis.
Semoga novel Pergi Bersama Janji, ia sebuah kisah yang menjanjikan kelainan, memberikan manfaat serta kepuasan kepada pembaca.  Terima kasih juta-juta atas sokongan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Saa'diah Mohamad selaku ketua bidan. Aduh...terharunya saya mengenangkan jasa-jasa serta kata nasihat yang beliau pernah curahkan buat saya selama ini. Seperti seorang kakak yang sering menasihati adiknya. Biarpun wajahnya nampak garang, namun beliau seorang yang sangat penyayang.
Tika saya menulis kata-kata ini, Kak Saadi tidak lagi bersama kami di ALAF21, sebaliknya menyambung khidmat di Karya Bestari. Apa pun beliau masih lagi berada di bawah bumbung yang sama di Grup Buku Karangkraf. Ada chance sangat nak jumpa beliau. Tapi nak manja-manja macam di Alaf21, mungkin agak terbatas. Sob sob! Rindu wooo...
Tempat Kak Sa'adiah diganti dengan editor novel, Untuk Sekali Lagi iaitu Kak Ton cantik @ kRuby Akshah. Selamat kembali bertugas Kak Ruby di Alaf21.

Untuk novel Pergi Bersama Janji, editor saya ialah Puan Mazuen Yahaya yang begitu manis dan comel orangnya. Terima kasih untuk segalanya ya, Awin. Alhamdulillah.

Untuk grafik designer novel ni, Kak Hanna Ibrahim. Sweet aje saya tengok cover ini. ( Tak apalah puji cover sendiri pun kan, hehehehe.) Alhamdulillah, terima kasih Kak Hanna.  Semuanya dipermudahkan meskipun novel ini merupakan hasil kerja terakhir beliau. Kak Hanna tidak lagi bekerja di Grup Buku Karangkraf. Beliau kini menjalani bisnes sendiri.
Baru nak kenal empunya diri, dah pergi rupanya. Memang tak sempat ku nak manja-manja dengan Kak Hanna. Huhuhu..

Cover








Sinopsis
Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang.


0 comments:

Post a Comment