Mahu ke mana Nomi

Sungai Tersat dalam kenangan- cuti di kampung 16-21 sept 2014

Saya dan sungai memang tidak dapat dipisahkan. Maklumlah anak kampung. Sejak bayi lagi gamaknya dah kenal sungai. Seingat saya, rumah ada air paip pun tahun 1984. Masa tu saya baru sekolah TADIKA. Selain telaga, sungailah tempat mandi mandi dan basuh kain baju. Memang di sini, 1001 kenangan pernah tercipta.

Jadi, setiap kali balik kampung, sudah menjadi kemestian saya dan anak-anak ke Sungai Tersat. Anak-anak memang enjoy habis mandi di sini. 


Tirai malam.

Air yang jernih.

Anak-anak seronok bermandi-manda.

Aku sebutir pasir.

Suasana menghijau.

Redup mata memandang.

Masa untuk merehatkan minda.

Bercuti di kampung 16-21 Sept 2014



Melarikan diri seketika dari kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur.
Menyegarkan minda, mencari idea-idea baru untuk menulis. < kononnya lah >
Paling penting, meluangkan masa sebaiknya bersama anak-anak, emak & ayah tersayang.

Perkara yang saya suka lakukan ialah pergi ke pasar, melihat jualan terutama sayur-sayuran dan ikan yang segar bugar.


Jom tengok gambar2 yang saya snap. Tak banyak. Suka-suka aje...
Belek punya belek gambar, baru perasan tak ada sekeping gambar pun di bahagian pasar ikan. heheheh...sebab tangan dah bimbit banyak barang,borong sayur dan keropok.
Kuih muih tradisional Terengganu

Keropok keping

Sayur-sayuran segar

Kuih muih

Sumber laut yang dikeringkan

Barang runcit turut dijual

Duku dan petai

Buah-buahan yang masak ranum dan cili segar


Buah perah yang sukar dijumpai di tempat lain. Buah ini bermusim.

Seorang tok wan yang gigih berniaga.

Pucuk paku

Segar dari kebun





Catatan 13 Sept 2014.

Kenangan semalam di majlis perkahwinan Novelis Liyana Zahim di Kampung Lanting, Chenor, Pahang.

 Pengantin lelaki baru diarak masuk.


Majlis makan beradab.
Makan-makan. Memang marvelos terutama kerabu mangga . Dari kiri: HernaDiana, Damya Hanna, Laila Kamilia, Weeda Airiza, Norzailina Nordin dan AW
Bergambar kenangan bersama pengantin.
Adik Nana tetap melayan permintaan peminat. Sign, jangan tak sign!
Kak Hasnah, berbaju kuning. Pembaca tegar novel-novel Alaf21.
Merakam kenangan di tepian Sungai Temerloh. AW pernah bermastautin di Mentakab selama kurang lebih 6 tahun. Pasti ada rindu untuk singgah di sini.



.





Hidup ini adakalanya tidak menjanjikan kebahagiaan yang berterusan. Tidak juga menjanjikan penderitaan yang terus menerus. Hidup banyak menuntut pengorbanan. Namun adakalanya juga, pengorbanan tidak pernah dihargai.
Hidup...adakalanya kita terlalu mengharapkan perhatian orang. Kita terlalu mengharapkan orang menyayangi kita, menghargai kita...namun kita terlupa adakah kita melakukan hal yang sama terhadap orang-orang di sekeliling kita?
Hidup ini, usah terlalu banyak menunding jari akan kesalahan orang lain. Kerana masih ada jari yang tertunding pada diri kita semula. Semakin banyak kita mencari keburukan orang lain, makin terserlah akan keburukan sendiri. Percaya tak?

Hari ini, fikiran masih kosong dengan idea untuk menulis manuskrip baru. Jadi saya nak upload resepi ringkas yang pernah saya war-warkan di facebook sebelum ini.
Walaupun simple, namun bukan semua orang tahu akan cara penyediaannya. Ilmu yang bermanfaat ini, tidak lokek untuk saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Lebih-lebih lagi buat adik-adik yang baru nak belajar-belajar pegang senduk kuali. (*-*)


Masak singgang ikan kembung cara AW.

Bahan-bahan.

Dua ekor ikan kembung bersaiz sederhana besar.  Dibersihkan dan dikerat dua.
Kunyit segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Lengkuas segar bersaiz ibu jari- hiris halus
Sekeping asam keping/ asam gelugur
Cili padi- terpulang berapa biji suka
Sebiji terung kecil dihiris memanjang
kacang panjang-dipatahkan lebih kurang bersaiz 5-7 cm
Garam dan penambah perisa.

Cara penyediaan.

Masukkan lebih kurang 3 cawan air atau bajet boleh tenggelamkan ikan. Masukkan kunyit, lengkuas, asam keping dan biarkan air mendidih. Masukkan terung, kacang dan cili. Juga garam dan penambah perisa. Cicip rasa. Sedia dihidangkan.

*Ikan kembung boleh digantikan dengan ikan selayang, tongkol, bawal emas, ikan merah mahupun tenggiri. Ikut citarasa anda.
Terung dan kacang boleh diganti dengan bendi.
Resepi ini enak dihidangkan bersama nasi putih, budu mahupun sambal mempelam ikan masin, belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba.